Saturday 12 January 2013

ketenangan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak diri ini mengambil keputusan untuk merubah diri ini ke arah yang lebih baik, aku memperoleh suatu ketenangan yang tidak pernah aku alami sebelum ini. Mungkin aku tidaklah berubah terlalu drastik, tetapi aku berusaha untuk memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Aku akui yang diri ini tidaklah sebaik mana. Sometimes. aku merasakan diri aku ini jauh dengan ALLAH. Betullah kata-kata yang pernah aku dengar yakni "jika kita dekat dengan ALLAH, seribu kali ALLAH dekat dengan kita". Kata-kata ini telah terbukti kepada diri aku sendiri.



Ku akui bukan mudah untuk biasakan sesuatu yang tidak biasa dilakukan. Tetapi, kalau tak cuba kita tak tahu. It's quite difficult but i'll try. Menggapai redha dan juga cinta ALLAH adalah "misi" yang perlu dilakukan. Kalau kita hendak menggapai sesuatu mudah untuk dilakukan, tetapi untuk mengekalkannya bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi kita cuba la kann?? :). Jika kita mahu melakukan perubahan sudah pasti akan ada "obstacle". Kita boleh anggap "obstacle" ini sebagai suatu tembok penghalang. Tembok ini perlu dipecahkan supaya kita boleh mengecapi perubahan yang kita inginkan. ALLAH akan sentiasa membantu hambanya yang sangat memerlukanNya. 


Tidak dinafikan bahawa cabaran yang dihadapi remaja seusia dengan ku ini adalah kehendak diri itu sendiri ataupun HAWA NAFSU. Mungkin remaja sekarang fikir usianya terlalu muda untuk berubah ke arah lebih baik. Hati pula membentak untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan ketika kanak2. Terus terang dikatakan di sini, kehendak remaja sekarang ialah CINTA or we call it LOVE. Haha . Adakah terlalu perlu untuk  kita ini(remaja seusia dengan diri ini) mengejar cinta. No need laa. Terlalu byk perkara lain yg perlu difikirkan dan dirisaukan selain perkara itu. Tidak pernahkah kita terfikir, kita terlalu sibuk mengejar cinta manusia TETAPI kita lupa akan cinta ALLAH. Kita tidak pernah sibuk untuk mengejar satu-satunya cinta yang HAKIKI. Ye lah . Nama pun manusia, mudah untuk leka. Sangat lain rasanya jika kita memperoleh cinta ALLAH berbanding cinta manusia. Tidak dinafikan perasaa cinta adalah fitrah di dalam setiap diri manusia. Tetapi, kita kena kawal la. Kalau kita percaya dan yakin dengan ketentuan ALLAH, insya-ALLAH akan hadirlah seseorang yang terbaik untuk diri kita. Kalau kita betul2 memahami ayat2 ALLAH di dalam Al-Quranul Karim, ALLAH sentiasa memberi peringatan kepada hamba-hamba-Nya, nak menunjukkan bahawa ALLAH sgt sayang akan kita. Tetapi kenapa kita memilih jalan untuk semakin jauh daripada ALLAH . Semua yg ALLAH tentukan bersebab. Jika ALLAH melarang kita melakukan sesuatu, pasti ada sebabnya. Janganlah kita ambil mudah akan larangan ALLAH kerana akibatnya sgt dahsyat. Perjalanan hidup kita masih jauh. Janganlah sesekali mensia-siakan masa yang kita ada. Terlalu banyak liku kehidupan yg perlu kita lalui. Untuk menempuhinya, selalulah kita berdoa kepada ALLAH agar mempermudahkan segala urusan dan juga memberi kekuatan kepada hamba-Nya untuk menempuhi dugaan. 


Maaf andai terdapat byk khilaf yg dilakukan di dalam tulisan pada kali ini. Yang baik drpd ALLAH S.W.T. yang buruk drpd diri saya sendiri. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment