Monday 14 January 2013

sahabat vs kawan ???

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Sahabat dgn kawan berbeza ataupun sama?? (muka berkerut kening terangkat) haha.
Rasanya "depends" kpd org kot. Atau mmg ada perbezaan ? 

Okey,
this is my opinion. Kalau ada yg salah atau pelik, pandai2 la betulkan ye..:)

Kawan mungkin satu "title" yg boleh diberikan kpd seseorangg yg kita kenal secara biasa ataupun asas2 saja. Misalnya, kita tau nama, umur , tempat berteduh (tempat tinggal la) dan benda2 asas. Tetapi , kita tak kenal secara mendalam contonhnya perwatakan dan sifat sebenarnya.

Sahabat pula seseorang yang memahami diri kita lebih daripada seorang kawan. Sesuai la dgn satu pepatah "kawan ketawa ramai, kawan menangis susah untuk dicari'. Hah! sahabat ni tergolong dalam "kawan menangis susah untuk dicari" itu la. Kira sahabat ni ada ketika kita senang dan susah la. Tetapi, hakikatnya susah untuk mendapatkan seorang sahabat. Seseorang itu boleh dianggap sahabat apabila ujian datang melanda. Hah ! Masa itulah kita baru dapat mengenali apa itu sahabat sebenarnya. Bukan nak mempertikaikan tapi  sebuah hubungan persahabatan yang sudah lama dibina  boleh putus dalam sekelip mata disebabkan perkara kecil. Katanya sudah kenal lama, dah faham isi hati masing2 , tapi kenapa apabila masalah kecil timbul, hilang semua kata2 yang tadi. ?

Aku pernah mendengar satu kata-kata. Bunyinya macam ini. Eyh, ada bunyi ke?? haha.

" Kita tidak akan pernah kenal seseorang itu sepenuhnya walaupun kita gunakan sepanjang hidup kita untuk mengenalinya sebab di dalam diri seseorang itu akan ada topeng yang menyembunyikan dirinya yang sebenar. "

Lebih kurang macam tu la bunyi nye.


okey lah, masuk cerita lain sikit .:D 
Ramai orang risau "lost contact" dengan rakan2 lagi2 pelajar yang baru habis SPM macam aku ni. Okey, aku mengakulah dulu kerisauan itu melanda juga pada diri ini. Tetapi, kerisauan semakin berkurangan selepas aku mendengar kata-kata daripada cikgu bio ku. Hehe.

" Cikgu Bio : Kalau perhubungan persahabatan ini kamu bina kerana ALLAH, kamu jangan risaulah. Ke mana pun kamu pergi, kamu akan sentiasa ingat kawan kamu walaupun dah "lost contact". "

 Seriously, kata-kata itu buat aku terfikir atas dasar apa aku bina persahabatan selama ini?? Mestilah sekarang fikir sebab lillahita'ala. Tetapi dulu??? hmmm. merenung jauh...
Umi aku pun cakap yang kawan ni silih berganti, janganlah sedih sangat kalau berpisah dengan kawan.

Nowdays, orang lain semua secara terbuka untuk mengatakan mereka sayang sahabat mereke. Tetapi sayangnya, aku tidak termasuk di dalam "orang lain" tu ye. Bukan tak sayang sahabat , tapi segan kelas satu kot . Haha. Aku lebih suka meluahkan rasa sayang terhadap sahabat kepada ALLAH melalui doa. I think it's more better, right? Tapi hakikatnya, siapa tak sayang kawan atau sahabat kannn??? Hehe.. wallahualam..

Sayangilah sahabat anda , sebelum anda di sayangi . Haha .

Have a nice day !! 




No comments:

Post a Comment