Tuesday 19 February 2013

Kerana Allah ...

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt. Ehem.. hehe. Maaflah kpd seseorang tu. Tunggu lama sgt yee..:D. hehe..Okey,terus kpd tajuk yg nak di storie-morie kan. Tgk tajuk mcm berat semacam je kannn?? hehe. Bukan semacam je, bermacam2 berat dah nie. haha. ouh, okey stop merepek.

Apa sahaja yg kita nak buat niat mesti kerana Allah kann???.. Tapi, benda yg baik la.. tak kan la benda jahat niat kerana Allah kott..
Rasenye, kat sekolah pun cikgu2 still igtkan betulkan niat dan tujuan dtg ke sekolah. Ye lah, bebudak lagi kan . Kat rumah lagi dah set dlm kepala esok nak story cerita hot  kat kawan. SEE ??.. Tang mana yg niat kerana Allah tu??.. muhasabah diri. trmasuklah org yg menulis entry ni yee.. :D

Okey...
ada satu kisah yg sangat..tersentuh la dibuatnya. (for me lahh..)
kisah berkenaan dgn Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku rase semua org kenal. Penakluk Kota Konstantinopel a.k.a Istanbul (sekarang).
Bermulalah al-kisaaahhh.. Toyyiib.. hehee..

Ketika itu, Sultan Muhammad Al-Fateh sedang bertarung dengan Maharaja Konstantine. Maharaja Konstantine sedar baginda tidak dapat mengalahkan lawannya. Pedang di tangannya pula sudah terlucut dari pegangannya. Dan baginda tidak sempat menggunakan pedang kedua yang masih tersisip pada pinggangnya. Cuma ada satu senjata sahaja yang dia masih ada. Tiba-tiba Maharaja Konstantine meludah muka Sultan Muhammad Al-Fateh. Dengan tiba-tiba Sultan Muhammad Al-Fateh tidak jadi membunuh Maharaja Konstantine.

"Mengapa engkau tidak bunuh aku?" tanya Maharaja Konstantine.

"Tadi aku hendak membunuh engkau kerana Allah, tetapi selepas engkau meludah mukaku, aku menjadi marah. Aku tidak mahu membunuh engkau kerana marah," jawab Sultan Muhammad Al-Fateh lalu berpaling hendak berlalu dari situ.
                                                  
                            (Sumber: buku Sultan Muhammad Al-Fateh penakluk Konstantinopel)

Selepas aku baca kisah ini, aku tersedar seperti baru lps hantuk kepala ke dinding. Hah! sampai mcm tu tahap sedarnye. Seriously, mmg terus terfikirla mmg kita selalu menjaga yg lain misalnya perlakuan, percakapan dan sebagainya. Tapi, bab niat ni yg selalunya terlepas pandang, sedangkan niat ni lah perkara yg utama.

Tabik springgg la dekat Sultan Muhammad Al-Fateh.. beliau sgt menjaga niatnya. yela.. kalau kita la.. yg tahap imannya tak  setanding Sultan Muhammad Al-Fateh, dah lama dah selamat(mati)  Maharaja Konstantine tu time tu jugak. Kadang2 niat dah betul, tapi ada bercampur baur dgn nafsu sikit. Tu yg boleh jadi tak betul tuu..

Maaflah kalau ada yg tersilap dlm posting kali ini. Yela, ilmu pun tak penuh di dada. Masih lagi mencari ilmu. Posting ni pon based on pendapat dan ilmu yg tak brape nak tinggi ni...
Sama-samalah kita renung..jauh2 sikit kalau merenung tuu..barulah terkesan kat diri kita...
Have a nice day.. semoga Allah merahmati kalian semua ...ma'assalamah..




No comments:

Post a Comment