Thursday 17 January 2013

New life ??

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualikum. Apa khabar org kampung?? haha.

Alhamdulillah kalau semua sihat blako. Hehe.. 

Hurm.. okeyla , sebagai budak yg baru habis sekolah ataupun budak yang baru nak jumpa dgn dunia luar mestilah dlm kepala yg penuh dengan cerebellum, cerebrum, medulla oblongata and ect (wah!! ingat lagi . Banggo den ..) nie dok fikir macam mana nak survive kat dunia luar nanti. Yelah, selama ini terperap je dekat sekolah. Mungkin aku seorang je la kot macam tu. Kamu semua tak kot. Okey, ini list aktiviti yang aku buat selama 11 tahun sekolah.


  1. Pagi2 ataupun petang pergi ke sekolah.
  2. Balik, terus buat kerja rumah.
  3. Stay up sampai pagi kalau "homework" yg menggunung tak siap lagi.
  4. Kalau "weekends", mak ayah ajak keluar pergi jalan2, akulah org yg pertama tak mau pergi. Alasan memang skema "kerja rumah banyak la". Memang betul pun. Even mak ayah nak pergi tempat yg sgt best pon aku boleh senang2 je ringan sgt mulut untuk jawab tak mau pergi. Kira jalan2 dalam rumah sahaja la.

So, daripada list yg aku buat konklusi sudah pun boleh dibuat. Aku memang tak berapa nak ada life sangat semasa zaman persekolahan. Di tambah pula, aku ni memang tidak suka berjalan sakan dan seperti biasa halangan daripada mak ayah. Lagi2 dah semakin dewasa, makin kuatla jagaannya. Tapi, tidak mengapa. Reason . My parents sgt sayang kat anak perempuan dia seorang ni! Hahaha . 


Tidak hairanlah kalau aku takut untuk berhadapan dengan dunia luar. Macam2 yang aku sudah bayangkan dan fikirkan. Hampir 60 percent negative thinking . Yelah.. Kalau sesuatu itu kita belum lalui lagi, kita lebih risau yang buruk daripada yang baiknya.

Kawan baru, suasana baru, cara belajar baru, yang paling penting tempat tinggal baru. Tempat tinggal tu asrama la. Yelah. I ni tak pernah duduk asrama. (Pernahla walaupun sekejap). Tapi tak berapa nak rasa kehidupan asrama sangat masa tu. Cubalah bayangkan kalau masa mak ayah hantar pergi asrama, aku menangis2 nak balik. Padahal mak ayah dok terconggok lagi dekat situ. Haih ! No WAY !! Aku tak akan biarkan perkara itu terjadi. 

Hati ini meronta2 nak tanya dekat my only big brother macam mana hidup dekat U. Sama tak dengan kat sekolah. Tetapi, nantilah aku tanya. Hehe. Pening kepala nak pilih U dan kos mana pun tak hilang lagi. Kalau ambil medic . hurm.. bab sains2 ni aku memang angkat bendera putih la. Engineering  pula, boleh saja tapi ada org tak berapa suggest aku untuk ambil kos ni. I don"t know why. Agama . Hmm . boleh ! Aku pun nak discover banyak pasal agama ni. Tetapi, ciri2 budak baik/muslimah aku kurang sikit. Keseganan la pula nak masuk U islamik ni. Bisnes . NO NO NO !. Tiga kali aku ulang tu . Maknanya tak mau la. Aku bukan otak bisnes . Tak suka berniaga. Sekarang ni buat research dulu pasal kos2 ni. Insya-Allah, aku berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusanku ini. Amiiiinnn....

Okey. berkenaan dengan new life tu . Aku harap , aku dapat menempuhi ranjau kehidupan yang akan mendatang . Insya-Allah . Doakan yee . Okey . until here je untk malam ni .
hehe . Wassalam . 

No comments:

Post a Comment